Saturday 14 March 2015

Pelancaran Ruang Damai Catering & Service

Pada 23 Jun 2012, Ruang Damai Sdn Bhd telah mengadakan majlis pelancaran Ruang Damai Catering & Services yang diadakan di Ruang Damai Cafe. Majlis ini dirasmikan oleh Ybhg Dato' Haji Ishak bin Ismail, Ketua UMNO Bahagian Seremban. Sebagai pembuka tirai, konvoi motosikal berkuasa tinggi mengiringi ketibaan Dato' Ishak.







Saudara M.Rosli diberi tanggungjawab selaku pengerusi majlis untuk menjemput Ustaz Nasaruddin, bilal Masjid Sungai Landak membaca doa sebelum majlis bermula.



Majlis pelancaran ini juga dimeriahkan lagi dengan ketibaan rombongan daripada Rumah Anak-Anak Yatim Darul Amin.



Majlis dimulakan dengan ucapan Dato' Ishak dan diikuti dengan ucapan pengarah urusan Ruang Damai Sdn Bhd dan seterusnya merasmikan majlis pelancaran Ruang Damai Catering & Services.



Sambutan dari penduduk setempat serta saudara mara amat menggalakkan di samping juadah yang menyelerakan disediakan secara buffet.




Upacaran penutup yang diadakan ialah penyerahan sumbangan ikhlas daripada Ketua UMNO Bahagian Seremban, Dato' Ishak kepada warga emas.




Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih ke atas sokongan yang diberikan. Sekian.

Ruang Damai Catering & Services

RUANG DAMAI CATERING & SERVICES telah dilancarkan pada 23 Jun 2012 oleh YBhg Dato' Haji Ishak bin Ismail, Ketua Umno Bahagian Seremban. Penubuhan Ruang Damai Catering & Services telah melebarkan sayap Ruang Damai Sdn Bhd dalam bidang perkhidmatan katering dan penyewaan barangan katering dan canopi.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:
1. Katering
2. Penyewaan peralatan katering
3. Penyewaan pelbagai jenis kanopi dan marguee tent
4. Pengurusan majlis

Pejabat Pengurusan:
Alamat : No. 10, Lorong Desa Manggis 1/1, Taman Desa Manggis, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
No. Tel : 06-763 6605
No. Hp : 013-393 3230
e-mail : rdamai10@yahoo.com








Canopy







Marquee Tent






Staging, Audio & Lighting







Decoration

Ruang Damai Cafe

RUANG DAMAI CAFE dibuka pada 31 Mac 2010 yang juga berkonsep tradisional. Cafe kami mengekalkan menu makanan Melayu dan tradisional Negeri Sembilan.


Pelan ke lokasi
Alamat : 35-G, Tingkat Bawah, Jalan Forest Height 7, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.
No. Tel : 013-674 2812
e-mail : rdamai10@yahoo.com
Masa : 8.00 am - 7.00 pm

Ruang Damai Cafe

Ruang Damai Restoran

RUANG DAMAI RESTORAN dibuka pada 1 April 2001 yang berkonsepkan tradisional. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis masakan tradisional Negeri Sembila dan masakan Melayu yang lain.


Alamat : No. 10, Lorong Desa Manggis 1/1, Taman Desa Manggis, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
No. Tel : 06-763 6605
e-mail : rdamai10@yahoo.com
Masa : 8.00 am - 7.00 pm

Ruang Damai Seminar Center

RUANG DAMAI SEMINAR CENTER menyediakan kemudahan ruang untuk pelbagai majlis seperti mesyuarat, seminar dan kursus yang boleh menampung seramai 100 orang. Pelbagai menu pilihan yang pasti menyelerakan disediakan dan bersesuaian dengan citarasa anda. 

Alamat : No. 10, Lorong Desa Manggis 1/1, Taman Desa Manggis, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
No. Tel : 06-763 6605
e-mail : rdamai10@yahoo.com




Ruang seminar/mesyuarat/kursus


Ruang makan

Jika berminat untuk membuat tempahan, sila hubungi kami di no. telefon dan e-mail di atas atau hadir ke pejabat pengurusan kami di alamat di atas. Terima Kasih.

Latar Belakang Syarikat

RUANG DAMAI SDN BHD adalah sebuah syarikat yang telah didaftarkan penubuhannya pada 25 Jun 1998. Syarikat ini telah diberi perakuan dan kelulusan sebagai pembekal di dalam perniagaan berbentuk perkhidmatan  dan pemborong. Selain itu, syarikat ini juga mengendalikan 2 buah restoran, iaitu Ruang Damai Restoran dan Ruang Damai Cafe yang menawarkan perkhidmatan katering untuk sebarang majlis anjuran jabatan-jabatan kerajaan dan orang perseorangan. 


Pelan ke lokasi

Pejabat pengurusan:
Alamat  : No. 10, Lorong Desa Manggis 1/1, Taman Desa Manggis, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
No. Tel : 06-763 6605
e-mail   : rdamai10@yahoo.com